Tampilkan postingan dengan label Kisah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kisah. Tampilkan semua postingan
LELAKI INDIA INI TELAH MERENDAM ULAR KOBRA DI DALAM ALKOHOL, SEBULAN KEMUDIAN DIA MEMBUKA BOTOLNYA DAN KEJADIAN MENGERIKAN TERJADI!

LELAKI INDIA INI TELAH MERENDAM ULAR KOBRA DI DALAM ALKOHOL, SEBULAN KEMUDIAN DIA MEMBUKA BOTOLNYA DAN KEJADIAN MENGERIKAN TERJADI!


India memang negara yang memiliki ular kobra paling banyak…
Tapi karena hal ini juga, nggak sedikit masyarakat yang akhirnya meninggal karna digigit kobra.
Seorang India bernama Arta Basha yang digigit ular ini sampai meninggal.
Hebatnya, ular yang menggigit dia itu sebenernya udah direndem di dalem alkohol selama lebih dari 1 bulan
Arta sendiri yang menangkap ular ini di kebun milik keluarganya, panjangnnya kurang lebih 60 cm, kemudian dia memasukkan ular-ular ini ke dalam botol tertutup berisi alkohol.
Setelah sebulan, Arta sudah siap untuk mengonsumsi arak ular ini..
Tapi waktu dia membuka botol araknya, ular kobra itu langsung keluar secepat kilat dan menggigit tangannya.
Keluarganya langsung melarikan Arta ke rumah sakit, tapi rumah sakit setempat tidak memiliki obat penawar bagi racun ini.
Akhirnya waktu mereka melarikannya ke rumah sakit di kota, 4 jam kemudian Arta meninggal dunia.
Ada ahli yang mengatakan, mungkin botol alkohol itu tidak ditutup dengan rapat, atau mungkin kadar alkohol kurang tinggi, sehingga ular tersebut masih bisa bertahan hidup di dalam sana.
Diedit Oleh OHTrending.online

Ya Allah, peliharakanlah Intan Nursyahira


Intan Nursyahira, 13, yang hilang selepas keluar dari rumah Taman Rambai, Parit Buaya, Muar, untuk ke rumah rakan, Jumaat lalu.



REMAJA perempuan berusia 13 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Taman Rambai, Parit Buaya, Muar, Johor, untuk ke rumah rakannya, kira-kira 5 petang, Jumaat lalu.
Intan Nursyafinaz Roslan, 18, berkata adik bongsunya itu, Intan Nursyahira, 13, keluar untuk ke rumah rakan sekolahnya di Kampung Parit Buaya, yang tidak jauh dari rumah mereka bagi melakukan kerja sekolah.
Bagaimanapun, menurutnya, ibu mereka, Noraini Abd Rahman, 44, tiba-tiba menerima panggilan daripada rakan sekelas anaknya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Abong dikenali sebagai Iffah, bertanyakan kenapa Intan Nursyahira tidak datang ke rumahnya seperti dijanjikan.
“Ibu menjadi panik lalu menghubungi kami semua.
“Adik keluar dari rumah ketika ibu berada dalam bilik air, kakak pula berada dalam biliknya dan saya serta ayah, Roslan Atan, 52, berada di tempat kerja.
“Kami tidak tahu pakaian terakhirnya namun dia membawa beg sandang, buku sekolah dan wang kira-kira RM8, menunggang motosikal SYM berwarna hitam,” katanya yang dihubungi semalam.
Menurut Intan Nursyafinaz, adiknya tidak berkelakuan aneh malah berbual seperti biasa dengan ibu termasuk memberitahu mahu melakukan kerja sekolah itu beberapa jam sebelum dia keluar rumah.
“Kami sudah melakukan pelbagai usaha termasuk meronda sekitar taman dan kampung berhampiran bagi mencarinya,” katanya.
Intan Nursyahira berkulit cerah, setinggi kira-kira 150 sentimeter dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Intan Nursyafinaz sekeluarga di di talian 016-9088593 atau 018-2134649.
Kehilangan remaja itu juga disiarkan di Facebook selepas ahli keluarganya memohon pertolongan orang ramai bagi membantu menjejaki pelajar berkenaan.
Difahamkan, selepas semua usaha gagal, keluarga itu membuat laporan kehilangan Intan Nursyahira malam tadi.

KETIKA ATAS KATIL, USTAZ PANDANG SAMBIL GELENG KEPALA. BILA TANYA AYAH. INI JAWAPANNYA




Nama aku Intan. Dah 5 tahun kahwin. Satu hari tu aku tiba2 jatuh sakit dan beberapa hari kena tahan wad akibat penyakit “misteri”. Ayah bawa ustaz. Bila tengok aku kat atas katil tu je, dia terus geleng2 kepala. Aku tanya ayah, dan ayah kata sebenarnya..

silakan share
Lumrah rumah tangga memang akan bergolak. Sedangkan lidah kan tergigit inikan pula suami isteri. Tapi dalam kisah yang nak kami Khalifah Mail Online nak kongsikan ni adalah berkaitan pasangan suami isteri yang sudah kahwin tidak mendapat zuriat. Bila check dengan ustaz, rupa-rupanya ada yang dengki. Ikuti kisah ini yang dipetik dari IIUM.

Sudah 5 Tahun Kahwin Tiada Zuriat

Nama aku Intan. Aku dengan suami sudah 5 tahun hidup berdua, jadi akhir tahun lepas kami berdua memutuskan untuk ambil anak angkat. Alhamdulillah, rezeki berpihak pada kami dan sekarang hanya menunggu panggilan dari pihak JKM je.
Orang kata, 5 tahun pertama memang dugaannya berat, aku tidak menafikannya. Lumrah kehidupan rumah tangga, ibarat lautan, ada pasang surutnya. Macam itulah kehidupan kami.
Tapi untuk beberapa tahun kebelakangan ini, aku dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena di mana-mana, yang mana aku tidak pasti apa, dan naluri isteri itu jarang sekali salah.
Kisahnya bermula bila aku kerap sakit, macam-macam penyakit, pergi ke klinik, doktor tidak dapat kesan, rujuk ke hospital dan jawapan masih sama. Jadi dalam setahun tu kira banyak kali aku kena masuk wad sebab doktor nak jalankan pelbagai test untuk mencari punca sakit aku tetapi akhirnya, tidak jumpa.
Dan ketika itu juga aku dengan suami aku kerap bergaduh, tidak boleh langsung jumpa dan dalam tempoh aku masuk wad seminggu tu, hari pertama je dia datang, hari lain langsung tidak datang, tanya khabar pun tidak. Hanya ayah aku jela jadi peneman setia, datang bawa makan and teman aku sehari dua kali (2 kali waktu melawat), kadang ayah datang bawa mak, kadang mak mertua yang datang teman (lepas dia balik kerja), tapi suami? Senyap macam tu je.

Ayah Datang Dengan Ustaz

Hingga la suatu hari, dalam tengahari, ayah aku datang melawat, kali ni dia bawak seorang ustaz. Aku dengan ayah aku memang rapat, aku banyak bercerita perihal hidup aku kat dia.
Sampai je kat katil aku, aku tengok muka ustaz tu berkerut. Sekejap-sekejap dia geleng kepala. Pastu dia ajak ayah aku entah kemana, bincang berdua. Dalam 10 minit macam tu, ayah datang ke katil, ayah suruh aku minta kebenaran doktor keluarkan aku hari itu jugak. Tapi doktor tidak bagi, esoknya baru doktor benarkan aku pulang.
Esoknya, dalam pukul 5 baru aku dapat balik, pesakit yang dibenarkan balik pun agak ramai haritu, hari Jumaat lagi, jadi biasa la kalau lambat.
Jadi lepas discharged, ayah terus bawa aku ke rumah ustaz, dia suruh aku duduk membelakangkan dia, dia minta izin untuk sentuh belakang aku, dia letak ibu jari kat tulang belakang, terus dia Ruqyahkan aku.
Sepanjang dia Ruqyahkan aku, badan aku rasa macam ada benda bergerak sebelah kanan, panas lagi. Tiba- tiba aku rasa nak menangis, nak marah, semua aku rasa dalam satu masa. Tapi ustaz tu pesan, jangan ikutkan hati, istighfar banyak- banyak. Selesai dia Ruqyah, dia suruh aku pandang dia. Dia kata,
“Adik, apa ustaz nak kata ni, ada dengar baik baik, apa ustaz tanya, jawab elok- elok. Kalau rasa nak marah, tahan marah tu. Boleh?”

Hasil “SCAN” Ustaz

Aku angguk.”Baiklah, macam ni, adik dengan suami adik ni, terkena buatan orang. Suami adik terkena minyak pengasih, tak cukup dengan tu, ada antara kawan- kawan yang dengki dengan kesenangan hidup kalian, jadi dia datangkan amarah dan derita antara kalian. Deritanya ialah zuriat. Bertahun kahwin, masih tiada anak. Amarah pula dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup suami.”
Masa tu aku rasa macam nak gila. Ayah aku suruh aku bertenang, dengar dulu apa ustaz nak kata. Ustaz tu sambung..”Mengenai zuriat, 5 tahun kahwin masih tiada zuriat, pergi ke hospital buat pemeriksaan apa semua, doktor kata tiada masalah. Tapi pernah tak cuba rawatan Islam?”
Aku geleng kepala.”Zuriat ni dik, orang selalu kata, kalau dah lama kahwin tiada zuriat, masih belum ada rezeki, kan? Pergi buat pemeriksaan hospital, suami isteri tiada masalah, doktor kata normal.
“Tapi jujur ustaz kata, bila dah cuba cara rawatan moden, tapi tak jumpa punca masalah, cuba rawatan Islam. Tak salah cuba. Kadang kita tak tahu apa yang menghalang kita dari mengandung, entah-entah ada jin yang menumpang badan kita, kita tahu? Doktor pun tak tahu.
“Jadi tak salah cuba rawatan Islam, dalam Al- Quran pun menggalakkan kita berubat menggunakan ayat- ayat Al- Quran kan? *aku angguk
“Baiklah, adik ni, bukan tak boleh mengandung, boleh, tapi ada satu je masalah. Masalahnya, adik ni dah terkena ‘buatan’ orang.
“Ada seorang lelaki yang sayang pada adik, bukan suami adik ye, seorang kenalan, adik tolak dia, jadi dia tak boleh terima. Dia dendam.
“Pada dia, kalau dia tak boleh dapat adik, tiada yang boleh dapat. Jadi dia bagi adik penyakit, salah satunya *dia tunjuk lengan aku*, hanya ni yang adik boleh nampak dengan mata kasar.
“Bila jumpa doktor, doktor kata alergik, makan ubat, sapu ubat, tapi masih tak hilang. Betul tak? Dia nak suami adik rasa geli/ jijik dengan adik dan akhirnya ceraikan adik.

Suami Pun Kena Buatan Orang Juga

“Yang suami adik pula, ada seorang perempuan yang sukakan dia. Dia tahu yang suami adik sudah berkahwin dan dia juga tahu kalian masih belum punya anak. Jadi dia mula masuk jarum.
“Mula dengan berkawan, lama- lama jadi rapat. Jumpa selalu. Kat situ dia mula bagi suami adik makan. Bila suami adik makan makanan yang dia bagi, suami adik akan jadi ingat kat dia je.
“Kemudian dia sapu minyak kat badan suami adik. Tak perlu banyak, secalit je. Masa bergurau- gurau tu, dia usik suami adik dia calit sikit je. Apa jadi lepas tu?
“Suami adik akan selalu ingat kat dia, sayang kat dia, cinta kat dia. Bila suami tengok adik, dia jadi benci, menyampah. Itu yang asyik gaduh je. Rumah tangga jadi panas. Dia asapkan suami adik hari- hari supaya suami adik benci adik.
“Tapi adik kena ingat, yang suami adik sayang adik, dia jadi macam ni sebab apa perempuan tu buat, suami adik hidup dalam keadaan dikawal oleh perempuan tu. Suami adik bukan baru kena, lama dah. Cuma adik perasan atau tidak je.”
Betul, aku perasan sebenarnya. Tapi aku bersangka baik, mungkin ujian dari Allah semata-mata nak ukur tahap kesabaran, kesetiaan dan kekuatan kami mempertahankan ‘masjid’ yang kami bina.
Serius, aku tak sangka selama bertahun yang kami asyik ‘panas’ dan ‘sakit’ ni, rupanya angkara orang benci, dengki, apa lagi ? Entah. Aku sendiri tak percaya dengan benda- benda ilmu hitam ni. Dulu bila aku dengar orang kena buatan orang, aku macam, “eleh, tah iye ke tidak kena buatan orang, entah- entah saja je cari perhatian.”
Dan sekarang bila kena kat diri sendiri, baru aku sedar betapa tingginya langit tu. Aku termakan kata- kata aku sendiri.
Ayah aku duduk sebelah diam je, sesekali dia usap belakang aku. Yang aku menangis je; empangan pecah, mengalir je air mata aku ni.
Sesekali aku senyum kelat bila kenangkan selama ni aku ingat suami aku yang jahat, rupanya aku yang jahat sebab berfikiran buruk terhadap suami sendiri. Ustaz tu sambung..
“Nanti malam, balik rumah, ajak suami duduk, pastu cerita dia apa yang ustaz cerita tadi. Esok ke lusa ke, bawa dia jumpa ustaz. Ustaz buat apa yang ustaz mampu. Boleh?”

Mula Berbincang Dengan Suami

Aku angguk je. Malam tu aku balik rumah, dia dah ada kat rumah, dia dalam bilik, pura- pura tidur. Aku pulak, masuk bilik, mandi bersih- bersih, solat hajat mohon dia terbuka hati untuk aku ceritakan apa berlaku.
Bila kenangkan balik, lama dah kami hidup macam tu. Dia mengelak dari berjumpa atau bercakap dengan aku. Lama aku makan hati. Ajak borak atau walaupun makan bersama pun tak nak, dah macam orang asing dah kami.
Dulu tidur dia selalu peluk, yelah, hidup berduakan. Tapi sekarang, dia di utara, aku di barat. Sedih. Lepas dah siap- siap semua, aku duduk bersila di sebelah dia, aku usap kepala dia dan buka bicara.
“Abang, sayang ada benda nak cakap kat abang ni, abang duduk sekejap boleh?”
Dia bangun dan duduk, tapi sekali pun dia tak pandang aku. Masa tu rasa sebak sangat. Aku sambung..
“Apa sayang nak cerita kat abang ni, abang dengar elok- elok. Kawal perasaan dan jangan melenting okay.”
Dia angguk.Aku ceritakan semuanya. Muka dia macam blurr, aku cerita sampai habis dan untuk pertama kalinya, dia pandang dan peluk aku.
Masa tu, Allah je yang tahu apa yang aku rasa, aku rasa bahagia berada dalam dakapan suami. Sepanjang malam tu kami berborak, kami menangis dan aku lega, suami akhirnya sedar juga.

Rawatan Kami Suami Isteri

Esoknya kami jumpa dengan ustaz tu. Ayah ada sekali, ustaz kata kena ada orang ketiga teman sekiranya kalau terjadi apa- apa.
Ustaz mulakan bacaan Ruqyah pada suami aku. Sesekali suami aku merengus, mengeluh dan menggeliat. Ustaz pesan pada dia supaya jangan berhenti beristighfar walau macam mana susah atau sakit sekalipun.
Pada satu tahap, suami aku pengsan sekejap, dia terbaring tiba- tiba. Cuak aku masa tu, tapi ustaz tu kata normal. Tak sampai lima minit, suami aku bangun, ustaz tu suruh dia baring luruskan kaki. Dia ambil lada hitam, dia tekan pada ibu jari kaki suami aku, dia menjerit bukan kepalang. “Sakit.. sakit.. SAKIT!”
Ayah aku pegang tangan dia. Ustaz kata, ada 3-4 ekor jin dalam badan suami, yang mengawal suami dan ada antara jin tu yang keluar masuk dalam badan aku, jadi bila kami bergaduh, jin- jin tu akan melagakan kami.
Bukan tak pernah aku cuba tikam dia. Tapi dengan keizinan Allah, pisau tu terlepas dari genggaman aku dan aku pun berlalu pergi dari dia. Hampir bercerai pun pernah. Dua tiga kali turun naik mahkamah (kaunseling), sampai ustazah tu pun pening. Yang selebihnya sepanjang berubat tu, biarlah kami saja yang tahu.
Yang korang perlu tahu, sekarang aku dan suami beransur pulih. Hubungan kami perlahan- lahan kembali seperti dulu.
Ustaz juga sudah ‘pagar’ badan kami, juga dia beri ayat- ayat pendinding untuk kami amalkan hari- hari. Alhamdulillah aku ucapkan. Allah penyembuh segala penyakit, kita hanya mampu usaha.Apa yang aku cuba sampaikan adalah, kalau ada antara pembaca yang mengamal ilmu- ilmu hitam, minyak pengasih dan sebagainya, tolong berhenti.
Ketahuilah bahawa kuasa Allah meliputi segala apa yang ada dibumi dan dilangit. Dan pada yang cuba pisahkan kami suami isteri, pada yang mendengki atau berdendam pada kami, kami maafkan korang dan harap korang maafkan juga kami dan berhentilah ‘menghantar’ pada kami.
Andai ada salah silap sepanjang perkenalan, andai kami ada terambil yang bukan hak kami, terlukakan hati dalam pergurauan dan semualah, maafkan kami.Terima kasih admin, dan terima kasih readers. Yang baik datangnya dari Allah Ta’ala, yang jahat tu datangnya dari diri aku sendiri.Akhir kata, ittakullah, takutlah pada Allah!
Sumber : IIUM via Laicikang
Share Jika bermanfaat.

ISU ‘MAYAT’ MELEKAT DI KUBAH HIJAU, PENGURUS MASJID NABAWI BERSUARA



(Foto: Triono Wahyu Sudibyo/detikcom)
Madinah – Beberapa tahun kebelakangan ini, di alam maya beredar mengenai isu objek misteri yang melekat pada kubah hijau Masjid Nabawi. Ada yang menyebutnya sebagai mayat seorang lelaki yang cuba merosakkan bumbung masjid yang dibina oleh Nabi. Namun, dakwaan itu disangkal oleh pengurus Masjid Nabawi.


(Berita palsu yang pernah tersebar meluas sebelum ini.)

“Tidak benar, itu adalah dusta,” kata Pengarah Perhubungan Awam Masjid Nabawi, Abdul Wahid Al-Hetab selepas solat zohor di Masjid Nabawi, Selasa (26/09/2017), memetik laporan Detik News.



Pengarah Perhubungan Awam Masjid Nabawi, Abdul Wahid Al-Hetab, menjawab isu objek misteri yang berada di atas kubah hijau Masjid Nabawi. (Foto: Triono Wahyu Sudibyo/detikcom)

Al-Hetab menunjukkan bangunan muzium di salah satu sudut Masjid Nabawi. “Sekiranya anda ingin mengetahui butiran mengenai Masjid Nabawi, sila lawati ke sana, sejarah sehinggalah apa-apa maklumat tentang Nabawi ada,” kata Hetab.
Kubah hijau adalah ‘payung’ yang menutupi makam Nabi Muhammad SAW. Dilihat dari halaman masjid, di kubah ada satu objek yang menonjol. Itulah yang disangka sebagai mayat atau kubur seseorang yang dikatakan diserang oleh kilat ketika mereka hendak merobohkan kubah dan bumbung masjid.



Objek misteri yang kelihatan melekat pada kubah hijau Masjid Nabawi (Foto: Triono Wahyu Sudibyo / detikcom)

Tidak dijelaskan secara terperinci bila pelaku itu diserang oleh kilat. Bukti juga tidak ada. Ada juga yang menyebut seorang pengawal masjid bermimpi dan mendapat petunjuk bahawa mayat itu tidak perlu diturunkan untuk dibuat sebagai pengajaran.
Dalam buku ‘Talbiyah di Tanah Haram’, pasukan Media Center Haji (MCH) 2012 pernah mengulas isu itu. Dikatakan, berdasarkan analisis dalam blog yang diterbitkan pada 23 Jun 2011, yang muncul di kubah itu sebenarnya merupakan pintu kecemasan atau tingkap untuk membersihkan bahagian dalam bumbung masjid.
Pintu kecemasan atau tingkap tersebut dipanggil Alrosenh. “Ia dibuat secara khusus untuk membersihkan bahagian dalam kubah, tetapi kini ditutup dan tidak digunakan lagi,” kata analisis di blog itu.




Blog itu juga menyebut PT Bin Ladin sebagai salah satu syarikat yang bertanggungjawab menguruskan dua bandar suci, Mekah dan Madinah, yang pernah menjelaskan perkara itu. Dijelaskan bahawa objek di atas kubah hijau tersebut bukan mayat, tetapi Alrosenh (jendela atap).
Jadi, hari ini, pengurus Masjid Nabawi yang bertemu dengan pasukan Media Center 2017 akhirnya bersuara. Al-Hetab nampaknya enggan berbincang secara terperinci, hanya mengesahkan isu mayat di kubah hijau itu sepenuhnya bohong dan tidak berasas.

(VIDEO) 15 CARA KENALPASTI PENGANUT SYIAH DI MALAYSIA, MUNGKIN BOLEH JADI SAHABAT ANDA SENDIRI!

Faizal tehrani kata semua syiah Malaysia ada 1juta, sekarang depa belum majoriti memang depa berselindung bersembunyi. Bila dah jadi majoriti nanti habislah kita semua, hati-hati wahai umat Islam Malaysia! >:(

……………………….

Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”. Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:
1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.
2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.
3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.
4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.
5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.
6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.
7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.
8) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.
9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.
10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid’ah.
11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.
12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur’an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.
13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut’ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.
15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut’ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak.
Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut’ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut’ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.
Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah.
Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan di wajahnya
Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Kredit : Detik Islam

Sheikh Ni Diberi Kebenaran Masuk Ke Maqam Nabi SAW. Apa Yang Dilihatnya Amat MENGEJUTKAN

Subhanallah. Pengalaman Sekali Seumur Hidup Ni Dan Dikongsikan Dengan Kita.
Tahun 1964, seorang sheikh telah diberi kebenaran mengiringi Raja Faisal untuk masuk ke dalam ruang maqam Nabi SAW di Masjid Nabawi Madinah dan apa yang beliau lihat amat mengejutkan. Subhanallah.

RAJA FAISAL ZIARAH MAQAM NABI SAW


Jarang sekali kita mendengar cerita daripada mana-mana pihak yang masuk ke dalam ruang makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, di sini. Walaupun tidak banyak yang diceritakan, seorang syeikh mendedahkan kisahnya yang masuk ke ruang makam baginda Rasulullah SAW atau ‘hujra’, ketika zaman pemerintahan Raja Faizal bin Abdul Aziz (1964 hingga 1975).
Sheikh Aaeed Ben Omar al Rouis berkata, beliau mengiringi Raja Faisal memasuki ruang makam itu dan mendapati terdapat dua kotak yang diperbuat daripada besi serta berkunci dan beliau tidak mengetahui apa yang ada di dalamnya.

DUA KOTAK BESI

Menerusi video yang dimuatnaik dalam YouTube, beliau berkata, Raja Faisal memerintahkan sebuah jawatankuasa dibentuk untuk menghitung barang dan peralatan yang ada di dalam makam itu, termasuk dua kotak berkenaan.
“Jawatankuasa itu dianggotai oleh Kementerian Hal Ehwal Islam dan Wakaf, Kementerian Kewangan dan Biro Audit.
“Saya mewakili Kementerian Kewangan. Kami diarah memasuki ruang makam selepas solat Isyak. Kami mengkatalog kandungan di dalam ruang itu bersama pakar barang kemas serta menggunakan rekod sejarah bagi mengenal pasti barang-barang yang ada.

ISI KANDUNGAN 2 KOTAK TERSEBUT

“Kotak pertama diperiksa dan kami menemui emas dan barang kemas. Di dalam kotak kedua kami menjumpai rantai perak. Kami juga menjumpai surat yang ada kaitan dengan Nabi Muhammad SAW,” katanya.
Katanya, pasukan itu melakukan tugas selama 15 hari dan mereka mencadangkan supaya barang kemas berkenaan disimpan di Muzium Madinah, yang diselia oleh Kementerian Kewangan, manakala surat berkenaan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Arab Saudi.

VIDEO SHEIKH BERCERITA

Sumber: Suara Media