10,000 IKS ikuti Program Azam Bandar


NOH (tengah) bersama peserta pada Majlis Penutup Program Azam Bandar Fasa 4 Tahun 2017.
Kuala Lumpur: Menyantuni golongan usahawan berpendapatan rendah, sekali gus mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan terus menjadi agenda utama dalam pelaksanaan Program Azam Bandar.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar berkata, hingga kini, 10,000 peserta usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) mengikuti program itu.
“Menerusi program ini, kami dapat melahirkan lebih ramai usahawan IKS yang berpendapatan tinggi, malah ada dalam kalangan mereka mampu mengeksport produk ke luar negara.
“Ini menjadi objektif kami sejak awal pelaksanaan program ini pada 2013. Kami mahu usahawan IKS ini keluar daripada kepompong kemiskinan dan menjana pendapatan lebih,” katanya selepas Majlis Penutup Program Azam Bandar Fasa 4 Tahun 2017, semalam.

Artikel Terkait

10,000 IKS ikuti Program Azam Bandar
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email