
Tahukah hangpa? Ada 7 perkara yang hangpa buleh buat untuk jadi ahli sorga di negara sendiri.
Sekiranya hangpa mematuhi 7 perkara ini, ceritakan pada tuhan nanti bila hangpa mati, insyaAllah pahala hangpa tak sia-sia.
Menrusi Khairul Yoi, kami kongsikan kepada anda semua 7 Tabiat Buruk Yang Sering Dilakukan Rakyat Malaysia.
1. Resit bank
Tahukah hangpa bahawa dalam setiap bank disediakan tong sampah? Tong sampah tu kalau bukan untuk buang resit, adakah untuk sumbat kepala hangpa dalam tu? Bila atm tak sediakan resit, hangpa maki atm poharam, tapi bila dia bagi resit hangpa buang merata pulak. Plis, hindarilah perangai seperti ini.
P/s : kepada pihak bank, slain sediakan resit, tolong sediakan tisu bagi mereka-mereka yang sedih tengok baki dalam acc masing-masing.
2. Guna tandas

bila hangpa dah berak, tolong flush sampai hilang segala sisa2 najis hangpa. Tak payah nak buat surprise sangat kat orang seterusnya.
hangpa nampak tak tempat sangkut paip getah tu? Lepas guna paip getah, sangkut la balik awat hangpa ingat toilet tu toilet pak hangpa?
Kalau takmau sangkut lain kali bawak getah paip sendiri la masuk public toilet. Bila takdak getah paip hangpa bising, dah ada getah paip hangpa buat perangai beruk pulak masing-masing tak reti sangkut balik kat tempat sangkut tu
3. Parking

4. Signal

Plus, masa hangpa beli kereta dulu, signal takdak pun juai asing-asing. Jadi apa salahnya hangpa gunakan signal bila nak kona.
Selain tu, yang takmau masuk simpang tak payah la bagi signal wei, penat dok tunggu bila hang nak masuk simpang last-last tak masuk-masuk pon dejei betui.
5. Meja makan

Walaupun hangpa bayaq, tapi tak bermakna hangpa tak boleh bertolak ansur. Tak cantek la macam ni. Bagi yang tak pernah keja kedai
makan hangpa taktau la betapa penatnya nak kutip pinggan mangkuk ni.
Sekali sekala buang la perangai tak baik tu, susun pinggan mangkuk hangpa sendiri, bukan susah pon. Sekiranya hangpa jumpak manusia yang jenis susun pinggan bila makan kat kedai ni, ngoratlah beliau untuk dijadikan pasangan hidup.
6. Pasar malam

Sekiranya hangpa tak pernah guna dua benda magic ni, hangpa kena cuba. Kalau hangpa tak percaya hangpa try la. Mesti sampah-sampah ni semua hilang dan bersih. Hangpa tak percaya hangpa cuba try test tengok
Selain tu, hangpa kena jadikan tabiat, bila ada sampah kecik dengan hangpa walaupun plastik coklat, simpan dulu dalam poket, atau dalam beg. Balik rumah atau bila hangpa jumpa tong sampah, baru buang. InsyaAllah malaikat sebelah kanan duk puji hangpa 24 jam.
7. Pengangkutan awam

Jadi plastik-plastik hangpa, beg-beg hangpa semua tak perlukan tempat duduk ya. Bagilah orang lain pun merasa duduk sebelah hangpa, toksah dok buat prangai tamak sangat, nak kawai tempat kat hangpa sorang.
Begitulah 7 cara untuk hangpa menjadi rokyat yang berguna kepada negara. Sekiranya hangpa nampak ada manusia-manusia yang melanggar etika-etika ni, jangan malu jangan segan, jentik saja dahi beliau dan tunjuklah posting ni kepada beliau. Terima kasih.
Anda Mungkin Pernah Melakukannya! Inilah 7 Tabiat Buruk Yang Sering Dilakukan Rakyat Malaysia
4/
5
Oleh
admin