
Presiden yang dikenali dengan sifat tegas ini mengeluarkan komennya yang maha dahsyat.
Erdogan mengatakan, Malaysia dan Indonesia harus hidup rukun sebagai saudara serumpun. Apatah lagi kedua negara tersebut adalah negara muslim terbesar di rantau Asia Tenggara.

Apa yang Erdogan khuatirkan bukan tiada alasan. Pangkalan tentera Amerika Syarikat dilaporkan sudah mengepung Indonesia, Malaysia dan Brunei.
“Insiden bendera terbalik seharusnya diselesaikan secara kekeluargaan. Jangan sampai anda menjadi seperti negara-negara Arab yang kini mudah di laga-lagakan Amerika dan kroni-kroninya. Ingat, pangkalan tentera Amerika sudah mengepung kalian,” sambung Erdogan.

Nasihat Erdogan ini dipetik menerusi data dokumen rahsia NSA yang terbongkar baru-baru ini. Di dalam dokumen tersebut, dipaparkan semua yang sudah dilakukan pasukan khusus AS dan sekutunya di Asia Tenggara.
[sumber]
Kata-Kata Presiden Turki Isu Bendera Indonesia Salah Cetak Buat Seluruh Umat Islam Dirantau Ini Tersentak
4/
5
Oleh
admin