Fazura menerima sejambak bunga ros daripada Fattah Amin.
Fazura malu ketika ditanya perasaan selepas mendapat sejambak bunga ros daripada Fattah Amin pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) yang berlangsung pada jumaat lalu.
Peminat yang berada di Pavilion bersorak saat Fattah menaiki pentas dan menghadiahkan Fazura sejambak bunga.
A post shared by Lots of love 👠(@ohcindalala) on
Fazura pula memberitahu, dia terkejut akan tindakan Fattah tiba-tiba tampil menghadiahkan bunga selepas dia memperkenalkan koleksi terbarunya di bawah jenama House of Doll by Fazura.
"Saya terkejut sebenarnya, masih dalam karakter dan susah sikit hendak 'move on'. Memang tak akan 'move on'," katanya.
Sementara itu, peminat-peminat Fattzura mendoakan agar pasangan itu benar-benar menjalinkan hubungan cinta.
Fattah juga dilihat meminta kebenaran ibu Fazura sebelum menaiki pentas bagi menghadiahkan bunga tersebut turut dipuji netizan.
Ohcindalala
thefa_team
[sumber]
Romantik Habis, Fattah Amin Hadiahkan Sejambak Bunga Ros Kepada Fazura
4/
5
Oleh
admin