Bahan bukti kebakaran ditemui

Pegawai bomba dari Unit Anjing Pengesan K9 mengesan bahan bukti di lokasi kebakaran yang mengorbankan lima nyawa.



Alor Setar: Unit Anjing Pengesan (K9) milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menemui beberapa sampel bahan bukti di lokasi kebakaran di Kampung Baru Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya, Sungai Petani, semalam untuk dijadikan panduan bagi siasatan yang dijalankan.
Pengarah JBPM Kedah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Abdul Razak Muda berkata, setakat ini semua sampel yang ditemui semalam sudah dihantar ke makmal kebakaran di Pulau Pinang untuk dianalisa.
Beliau berkata, selain itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Kebakaran JBPM Kedah turut dihantar ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian berlaku.
“Tempat bermula kebakaran itu sudah dikenal pasti pihak bomba dan kami sedang berusaha untuk mengenal pasti lebih lanjut punca kebakaran itu berlaku.
“Bagaimanapun, saya tak boleh cakap lagi apa puncanya kerana kes masih dalam siasatan dan berkemungkinan besar siasatan akan selesai dalam tempoh dua atau tiga hari lagi,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, semalam.
Abdul Razak berkata, dalam kejadian itu api merebak dengan cepat disebabkan deretan rumah yang agak dekat selain rumah yang diperbuat daripada keseluruhan kayu dan lantainya simen.
Beliau berkata, kebakaran itu membabitkan lima rumah dan empat daripadanya terbakar 90 peratus manakala sebuah lagi hanya 60 peratus terbakar.

Artikel Terkait

Bahan bukti kebakaran ditemui
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email