
Malah, ada di antara nama besar dalam industri seni ini yang bermula dari bawah dan mengharungi pelbagai rintangan sebelum mereka dapat mengecapi kejayaan seperti sekarang.
Jom intai pekerjaan para artis tanah air sebelum mereka bergelar artis.
Aaron Aziz

Aktor kelahiran Singapura itu turut mengakui yang kesenangan yang dimilikinya ketika ini berkat dari pengorbanan serta sokongan daripada keluarganya juga. Sebelum bergelar pelakon, Aaron juga pernah bekerja sebagai pengurus restoran yang menyediakan pelbagai perkhidmatan, namun gajinya hanya cukup-cukup makan sahaja.
Ketika saya mencari rezeki di Malaysia, isteri, Diyana Halik dan anak sulung, Danish Anaqi terpaksa ditinggalkan di Singapura. Orang tidak tahu ada masanya saya menumpang tidur di rumah kawan, ada ketika saya tidur dalam kereta. Saya selalu menumpang mandi di stesen minyak dan hanya bersiap dalam kereta.
Duit belanja yang ditinggalkan untuk isteri dan anak juga tidak seberapa. Isteri kena berjimat cermat ketika itu. Lagipun bayaran diterima dalam ringgit Malaysia, apabila ditukar kepada mata wang Singapura, jadi sedikit.
Dato’ Siti Nurhaliza

Baginya, menjual kuih merupakan satu pekerjaan yang memberikan seribu satu pengalaman yang begitu berharga buat dirinya. Malah ia juga merupakan permulaan segala kejayaan yang dikecapi olehnya pada hari ini.
Remy Ishak

Biarpun sudah berada di tahap sekarang, Remy sama sekali tidak malu untuk mengakui bahawa dia pernah bekerja di pasar sebelum bergelar artis popular. Malah, dia berbangga kerana bermula dari bawah sebelum menjadi sebahagian daripada anak seni.
Nabil Ahmad

Nabil sama sekali tidak pernah bermimpi untuk mencapai tahap seperti sekarang kerana dia bukan berasal dari keluarga seni. Tambah Nabil, kalau dahulu apa yang diimpikannya hanyalah menjadi ketua penghantar surat sahaja ketika itu.
Adibah Noor

Adibah mencuba pelbagai pekerjaan sepanjang tahun 1995, namun kembali mengajar di Institut Tadbiran Negara (INTAN) pada tahun 1996. Penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini mengajar Bahasa Inggeris selama setahun sebelum keluar semula dari dunia pengajian bagi mencuba nasib dalam bidang seni.
Nora Danish

Datuk Yusof Haslam

[sumber]
Pekerjaan 7 Artis Sebelum Jadi Popular
4/
5
Oleh
admin